THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, 31 December 2011

aktiviti bersama anak-anak taska didik sayang

saya pernah cakap di dalam kelas bahawa,saya akan membuat aktiviti kitar semula bersama anak-anak di taska saya.Jadi ini antara aktiviti yang saya jalankan iaitu,mengumpul botol2 untuk dikitar semula...

saya tidak masukkan botol2 yang telah dikumpul tadi ke dalam tong kitar semula tetapi saya mencipta permainan iaitu bowling botol...Ianya sangat seronok...
tidak kira peringkat umur besar atau kecil boleh main permainan ini

kemudian lepas main bowling tadi...saya bersama anak-anak taska membuat tabung menggunakan botol .Walaupun tabung ini buatan sendiri tapi iainya satu amalan yang baik.Dari kecil kita perlu mengajar mereka untuk menabung,barulah senang hidup di kemudian hari.



sekarang tabung sudah siap..Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi idea kepada saya.

sebelum aktiviti bowling tadi dijalankan,kami terlebih dahulu bermain permainan mengisi air kedalam botol.walaupun saya tidak mengitar semula botol tersebut tapi saya menggunakannya untuk perkara yang lain.

Wednesday, 28 December 2011

eksperimen mengenai tanah

saya telah diberi tugasan olah pensyarah saya iaitu,Puan Kamariah mengenai eksperimen tanah.Jadi saya telah mencari melalui internet mengenai tugasan saya ini.Akhirnya,saya menjumpai eksperimen yang boleh kita lakukan  menggunakan tanah bersama kanak-kanak.Mari lihat apa yang saya buat.

Bahan yang diperlukan ialah

  1. tanah@pasir
  2. botol jernih
  3. air
mula-mula saya isi tanah ke dalam botol.

                                              isi air ke dalam botol



kemudian saya goncangkan botol tadi untuk melihat apa yang terjadi ke atas tanah@pasir yang terdapat dalam botol tersebut.


nampak x apa yang berlaku?

tanah@pasir tetap di bahagian bawah,manakala ranting,daun berada di bahagian atas.

jelaslah bahawa benda ringan akan terapung manakala benda yang berat akan tenggelam.

Wednesday, 7 December 2011

MY KANGKUNG...

keperluan untuk menanam kangkung...

  1. pasu@bekas
  2. kangkung
  3. tanah
  4. air
Barang-barang ini saya beli di Tesco Mutiara...Excited nak tanam kangkung ni...harap-harap menjadi...


sepanjang tempoh menanam kangkung ni saya dibantu oleh linda,k.nini @k.nana(house mate) .Mereka memang sporting...mula-mula kami isi tanah dalam pasu....
kemudian isi air...alamak banyak nya air,x pe kita boleh tambah tanah lagi.

seterusnya kita potong batang kangkung yang saya beli dekat Tesco tadi guna pisau....nantikan apa yang terjadi selepas ini....

okay,masukkan batang kangkung tadi ke dalam pasu,he3 best jugak aktiviti menanam nie..ni la pertama kali saya nak cuba tanam sayur..sebelum ni saya cuma pernah tanam pokok taugeh je.Terima kasih kepada Pn.Kay lecturer kami bg subjek Awal Sains dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak sebab bagi tugasan yang menyeronokkan ini.


Hari pertama baru nampak batang kangkung  sahaja....

kangkung saya berumur 5 hari...

Alhamdulillah kangkung saya membesar dengan baik..saya isi kangkung dalam beg supaya senang nak bawa pergi ke kelas.Terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu terutamanya house mate saya.
dah makin tinggi pokok kangkung saya..seronoknya...jelaslah di sini bahawa tumbuhan  tidak semestinya tumbuh daripada biji benih tapi boleh juga tumbuh  melalui batang dan akar.Cahaya matahari dan air juga amat penting bagi tanaman kangkung ini.Jika keperluan asas ini tidak dapat disediakan dengan baik,kangkung tidak akan tumbuh dengan sihat.JOM MENANAM
SELESAI