THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, 13 November 2011

KEMPEN KITAR SEMULA



Kempen Kitar Semula telah  dilancarkan  pada tahun  1993 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT),tetapi tidak berhasil.






Ini ialah logo Kementerian Perumahan dan Kajian Temptan(KPKT) yang telah melancarkan kempen kitar semula buat kali kedua pada 2 Disember  2000.








Tong bewarna coklat =KACA
Tong bewarna  biru     =KERTAS
Tong bewarna jingga  =TIN KELULI, TIN ALUMINIUM &PLASTIK




FAKTA TENTANG KITAR SEMULA
  1. Dalam 1hari kita telah menghasilkan 18,ooo tan sampah yang mana boleh memenuhi KLCC dalam tempoh 8 hari sahaja
  2. Plastik yang dikitar semula boleh menghasilkan saluran paip,sarung kaset dan beg perkhemahan
  3. Tin aluminium yang dibuang oleh rakyat Amerika selama sebulan adalah mencukupi untuk membina semua komersial kapal terbang Amerika.

KESAN KITAR SEMULA
  • Dengan mengitar semula tin aluminium umpama menjimatkan tenaga elektrik televisyen selama 3 jam.
  • 17 batang pokok diperlukan bagi menghasilkan 1 tan kertas.
  • Kitar semula 1 botol kaca umpama menjimatkan penggunaan elektrik mentol  lampu 100watt selama 4 jam.

Sebagai rakyat yang prihatin marilah kita sama-sama menjaga alam ini dengan mengitar semula barang-barang yang tidak diperlukan.

Saturday, 12 November 2011

Teruja betul kami masa nak gi Aquaria..mn tak nye semua nya x pernah pergi Aquaria ni..he3...berdebar-debar pun ada mn la tau kot2 ikan terlepas,akuarium pecah ke?ermmm klu aquarium pecah confirm banjir,,,dah la x pandai berenang,alamat lemas la kami..ha3...Saya(Ainul).linda ,Rozita dan Wawa lebih kurang pukul 11 pg dkt sana dan disambut oleh 2 org  camera man yang sudah bersedia dengan camera di tangan dan mempelawa kami bergambar di hadapan pintu Aquaria sempena hari Deepavali katanya.Suasana di dalam Aquaria agak gelap dan sejuk..Wawa beratur dan membeli tiket,kami bertiga dpt beli tiket RM 30 manakala Wawa RM 35 sebabnya dia terlupa bawa matrik card.he3 cian dia...Selepas membayar tiket kami meneruskan pengembaraan ke dalam dunia ikan.Berhadapan kaunter tiket ada satu ruang teater @panggung ,kami tidak sempat duduk dekat teater tersebut..Mn x nyer kami excited sgt nak masuk terowong nak lalu bawah ikan-ikan(kira cam memang betul2 kami dalam aquarium )he3...Di permulaan pengembaraan ,kami berkenalan dengan ikan pirana,anak-anak ikan,memerang dan pelbagai jenis serangga yang tidak pernah kami temui sebelum ini.
Di pertengahan pengembaraan, kami dikejutkan dengan bunyi yang kuat seperti  guruh..Dan di situ terdapat satu balang yang besar lagi  tinggi yang memuatkan pelbagai jenis ikan, de ikan kecil dan besar...Ikan yang kecil tadi akan naik ke atas apabila guruh dibunyikan..Gambar yang pertama tu ialah balang ikan  yang saya coretkan tadi.Seterusnya kami melihat penyelam profesional memberi makan kepada ikan-ikan di dalam aquarium tersebut.Aquarium besar ini turut memuatkan 2 ekor penyu yang besar,seteruanya ikan pari gergasi,ikan yu dan banyak lagi..Kemudian kami masuk ke dalam terowong y mn ada laluan pejalan kaki yang bergerak seperti eskelator.Di situ lebih banyak hidupan laut yang kami temui.Wah rasa macam kami betul2 dalam laut bersama hidupan ini.Mesti hidupan air ini seronok dan gembira kerana ramai  pengunjung yang  datang menyaksikan mereka.