Teruja betul kami masa nak gi Aquaria..mn tak nye semua nya x pernah pergi Aquaria ni..he3...berdebar-debar pun ada mn la tau kot2 ikan terlepas,akuarium pecah ke?ermmm klu aquarium pecah confirm banjir,,,dah la x pandai berenang,alamat lemas la kami..ha3...Saya(Ainul).linda ,Rozita dan Wawa lebih kurang pukul 11 pg dkt sana dan disambut oleh 2 org camera man yang sudah bersedia dengan camera di tangan dan mempelawa kami bergambar di hadapan pintu Aquaria sempena hari Deepavali katanya.Suasana di dalam Aquaria agak gelap dan sejuk..Wawa beratur dan membeli tiket,kami bertiga dpt beli tiket RM 30 manakala Wawa RM 35 sebabnya dia terlupa bawa matrik card.he3 cian dia...Selepas membayar tiket kami meneruskan pengembaraan ke dalam dunia ikan.Berhadapan kaunter tiket ada satu ruang teater @panggung ,kami tidak sempat duduk dekat teater tersebut..Mn x nyer kami excited sgt nak masuk terowong nak lalu bawah ikan-ikan(kira cam memang betul2 kami dalam aquarium )he3...Di permulaan pengembaraan ,kami berkenalan dengan ikan pirana,anak-anak ikan,memerang dan pelbagai jenis serangga yang tidak pernah kami temui sebelum ini.
Di pertengahan pengembaraan, kami dikejutkan dengan bunyi yang kuat seperti guruh..Dan di situ terdapat satu balang yang besar lagi tinggi yang memuatkan pelbagai jenis ikan, de ikan kecil dan besar...Ikan yang kecil tadi akan naik ke atas apabila guruh dibunyikan..Gambar yang pertama tu ialah balang ikan yang saya coretkan tadi.Seterusnya kami melihat penyelam profesional memberi makan kepada ikan-ikan di dalam aquarium tersebut.Aquarium besar ini turut memuatkan 2 ekor penyu yang besar,seteruanya ikan pari gergasi,ikan yu dan banyak lagi..Kemudian kami masuk ke dalam terowong y mn ada laluan pejalan kaki yang bergerak seperti eskelator.Di situ lebih banyak hidupan laut yang kami temui.Wah rasa macam kami betul2 dalam laut bersama hidupan ini.Mesti hidupan air ini seronok dan gembira kerana ramai pengunjung yang datang menyaksikan mereka.

0 comments:
Post a Comment