THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Saturday, 12 November 2011

Teruja betul kami masa nak gi Aquaria..mn tak nye semua nya x pernah pergi Aquaria ni..he3...berdebar-debar pun ada mn la tau kot2 ikan terlepas,akuarium pecah ke?ermmm klu aquarium pecah confirm banjir,,,dah la x pandai berenang,alamat lemas la kami..ha3...Saya(Ainul).linda ,Rozita dan Wawa lebih kurang pukul 11 pg dkt sana dan disambut oleh 2 org  camera man yang sudah bersedia dengan camera di tangan dan mempelawa kami bergambar di hadapan pintu Aquaria sempena hari Deepavali katanya.Suasana di dalam Aquaria agak gelap dan sejuk..Wawa beratur dan membeli tiket,kami bertiga dpt beli tiket RM 30 manakala Wawa RM 35 sebabnya dia terlupa bawa matrik card.he3 cian dia...Selepas membayar tiket kami meneruskan pengembaraan ke dalam dunia ikan.Berhadapan kaunter tiket ada satu ruang teater @panggung ,kami tidak sempat duduk dekat teater tersebut..Mn x nyer kami excited sgt nak masuk terowong nak lalu bawah ikan-ikan(kira cam memang betul2 kami dalam aquarium )he3...Di permulaan pengembaraan ,kami berkenalan dengan ikan pirana,anak-anak ikan,memerang dan pelbagai jenis serangga yang tidak pernah kami temui sebelum ini.
Di pertengahan pengembaraan, kami dikejutkan dengan bunyi yang kuat seperti  guruh..Dan di situ terdapat satu balang yang besar lagi  tinggi yang memuatkan pelbagai jenis ikan, de ikan kecil dan besar...Ikan yang kecil tadi akan naik ke atas apabila guruh dibunyikan..Gambar yang pertama tu ialah balang ikan  yang saya coretkan tadi.Seterusnya kami melihat penyelam profesional memberi makan kepada ikan-ikan di dalam aquarium tersebut.Aquarium besar ini turut memuatkan 2 ekor penyu yang besar,seteruanya ikan pari gergasi,ikan yu dan banyak lagi..Kemudian kami masuk ke dalam terowong y mn ada laluan pejalan kaki yang bergerak seperti eskelator.Di situ lebih banyak hidupan laut yang kami temui.Wah rasa macam kami betul2 dalam laut bersama hidupan ini.Mesti hidupan air ini seronok dan gembira kerana ramai  pengunjung yang  datang menyaksikan mereka.

Saturday, 29 October 2011

MY FRIEND

sweet memory

Thursday, 27 October 2011

First time pergi Aquaria,memang best...Kami disambut mesra oleh petugas2 Aquaria y segak berbaju Melayu dan manis berbaju Kurung.Tiket masuk ialah RM35 bg org dewasa.Bagi student y membawa kad pelajar hanya perlu membayar RM3O.Rasai keseronokan bersama ikan-ikan di AQUARIA KLCC.

Saturday, 22 October 2011

MOSQUITO LIFE



Sunday, 9 October 2011

Sains di sekeliling kita

Kepentingan Air dalam kehidupan


Mungkin bagi kebanyakan kita, air seolah-olah tidak memainkan peranan yang begitu penting. Namun pada hakikatnya , selain oksigen,air  merupakan bahan yang paling penting yang diperlukan oleh setiap manusia sepanjang hayatnya. Malangnya air sering diabaikan dalam diet, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam kajian yang dilakukan di Hong Kong  baru-baru ini, hanya 50 peratus daripada mereka yang ditinjau   minum air sebanyak lapan gelas sehari. Manakala, yang lain hanya minum apabila berasa dahaga saja.Sebagai ibu bapa mahupun orang yang lebih dewasa kita seharusnya mengalakkan kanak-kanak untuk minum air, ini juga untuk kebaikan mereka.Jika manusia tidak makan selama 8 minggu kita masih boleh bernafas,tetapi tanpa air dalam masa 3 hari manusia akan mati.Jelaslah air sangat penting kepada manusia tidak kira peringkat umur.